Jumaat, 30 Disember 2016

APA ITU BURUJ?

    "Apa itu buruj? " Soalan ini sering disebutkan oleh pelajar -pelajar yang meminati sains. Sebenarnya, topik buruj ini  dipelajari pada tahun 6. Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak corak, seperti buruj BELANTIK, buruj PARI, buruj SKORPIO, buruj BIDUK dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat buruj -buruj ini di kedua-dua hemisfera utara dan hemisfera selatan kerana malaysia terletak di garisan Khatulistiwa. Kawan-kawan nak tahu tak buruj BIDUK sebenarnya sebahagian daripada buruj yang lebih besar, iaitu URSA MAJOR yang bercorak seperti seekor beruang.

Kawan-kawan, pada masa dahulu sebelum terciptanya kompas dan kalendar. Manusia telah menggunakan buruj yang ada pada langit untuk menjadi pentujuk arah utara, Selatan, Timur serta Barat  kepada orang yang ingin mengembara. Buruj juga digunakan untuk menentukan musim kepada para petani yang menanam pada kawasan yang berlaku empat muim. Bagi umat islam yang berada di Asia Tenggara, mereka menggunakan buruj BELANTIK untuk menunjukkan arah kiblat. 

2 ulasan:

  1. How to Make Money from Betting at a Sportsbook
    A sportsbook will provide you with a bet on their game. Sportsbook has become the home of free money for sports bettors, especially those งานออนไลน์ who like a new

    BalasPadam