Jumaat, 30 Disember 2016

APA ITU BURUJ?

    "Apa itu buruj? " Soalan ini sering disebutkan oleh pelajar -pelajar yang meminati sains. Sebenarnya, topik buruj ini  dipelajari pada tahun 6. Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak corak, seperti buruj BELANTIK, buruj PARI, buruj SKORPIO, buruj BIDUK dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat buruj -buruj ini di kedua-dua hemisfera utara dan hemisfera selatan kerana malaysia terletak di garisan Khatulistiwa. Kawan-kawan nak tahu tak buruj BIDUK sebenarnya sebahagian daripada buruj yang lebih besar, iaitu URSA MAJOR yang bercorak seperti seekor beruang.